sponsor by

Thursday, September 6, 2012

cuba teka?

aku mulakan post dgn sebuah cerita.

pagi yang hening aku dapat satu pesanan ringkas dari sahabat lama aku bagi nama dia A. A mengajak aku untuk menemannye mengambil barang di KL. aku tanpa berfikir panjang menerima ajakannya.

memulakan perjalanan dgn menaiki bas rapid ke klsentral. dgn LRT menuju ke masjid jamek. baru aku tahu barang yang nak diambil ada di bandar tasik selatan. mula2 aku ingin mengelak dgn menyuruh sahaba A utk dtg ke masjid jamek(kira fair la kan dua2 g masjed jamek). tapi tidak. A nak jugak kesana.
sesampai di stesyen bandar tasik selatan kawan A sampai. aku ingat dah amek barang terus balek, tapi dia suh naik kete. aku sedikit curiga, tetapi melupakan saja.

sampai di satu kawasan yang agak sunyi jgk la, ceruk mana tah tapi byk bangunan. walaupun kawasan ramai org tapi agak takut jgk la kalau sorg2 kat situ, tapi aku berdua tambah kawan A tu kurglah takut.

dia suh naik tingkat atas. jeng jeng jeng.

kawan si A nie aku bg nama B la ek. bila dah sampai atas aku tgk ramai org macam nak masuk bilik seminar, dalam fikiran 'aku macam pernah sampai kat sini tapi bila ek' aku mula syak sesuatu tapi aku cakap 'harap2 bukan' pastu bila dah sampai depan pintu bilik seminar tu si B pun memulakan perbualan dia cakap macam nie."okay dyana, agak2 tau tak ada apa kat sini?" aku nak cakap jgk tapi aku tak percaya lah kan kawan aku boleh buat mcm tu kat aku jadi aku cakap "aku tak tahu" pastu si B nie cakap la yang si A nie ajak dgr ceramah SCORE A. peh berbulu jgk la bila dgr macam tu. nak nanges sebenarnya tapi aku kena kuat mana boleh tunjuk lemah depan dorg. nanti kena pijak. jadi aku cool je. walaupun aku kena tipu aku cool. si B nie pun membebel la cakap macam2 pasal score a blablablabla, bgus la ape la aku pun tak dgr sgt. dia suh aku masuk dgr dulu.

aku memberanikan diri untuk mengatakan tidak. mula mula aku ingat aku tak kuat, tapi aku cuba dan berjaya, nasib baik dia tak paksa. haru jgk aku. so aku kira tak sempat join aku dah bla. aku turun terpaksa la balek nek teksi ke ktm. dan sampai umah. blaablabla.

aku malas nak cite detail sgt, sbb aku nak HIGHLIGHTkan

cuba korg bayangkan pada permulaan nak suh join ni dah tipu(cakap nak amek barang tapi tidak) macam mana semasa dan pengakhiran perniagaan ini adakah selamanya dgn menipu? itu yang aku musykil.semoga mencari rezeki dgn caraa yang betul, tidak perlulah menipu.


Hai, seperti yang dijanjikan. eh bila masa pulak? haha. takdela. entri sebelum ni aku ada cakap nak cite pasal MLM yang aku kene. iaitu score a.

sume org tahu score a memang satu perniagaan yang bagus sebab ia berkaitan dgn education, pendidikan. budak2 sekolah memang silih berganti sampai bila bila pun akan ada budak sekolah jadi tiada masalah dalam hal nak mencari customer. yang masalahnye sekarang,bila perniagaan score a ini di'MLM'kan atau nama panjang nye multilevel marketing. bila perniagaan yang bagus bila di'MLM'kan bermula lah era tipu menipu ditipu dan tertipu.

melalui pengalaman saya(sayalah lebih formal) saya kenal score a ini sebelum ia di'MLM'kan lagi, masa tu saya form 4. dan saya melanggan score a tersebut (kira bapak sayalah, saya tukang jawab soalan je). memang okay je perniagaan ni. tak ade cacat celanya.

bila dah hbs sekolah baru aku dpt tau score a dah di MLM kan. aku tau pun dari abah sbb abah dah terjoin dr sdara aku jugaklah. tapi kalau bisnes MLM nie kena konsisten la sebenarnya, kalau duk terpungguk je memang tak akan jalan la kan.

so semoga semua berwaspada dgn sesiapa, kepada yang memang suka utk join aku tak kesah, join la sjanji jangan la menipu org. aku memang tidak pernah gemar perniagaan MLM nie probability utk menipu sgt besar.

sekian terima kasih. aku tidak pernah ingin kondem score a tetapi yang menjadi agen score a itu yang meng'kondem'kan score a itu sendiri. sekadar berkongsi pengalaman.

alakulilhal.wallahualam.


suke?

1 comment:

D-SIM said...

hahaha..kes score A eh ?
lawak betul, kawan ramai dah kena, kawan ramai dah cuba taktik tu, nasib baik diri masih tak lut lagi :P