sponsor by

Saturday, October 10, 2009

cam best plak artikel nie..

kepada kwn2 ku yg sudah atau hampir terjebak dlm arena per'couple'an,
sme2 lah kite renung2 kan ..

"Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada SMS berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat."


Renungkan,ana petik dari novel Seindah Mawar Berduri~

Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi.Tapi sayang,manusia sering lupa pada Allah.Apabila Allah pertemukan dengan seseorang yang menambat hatinya,dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada Allah.Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan.Hatinya diselubungi khayalan daripada nama ar-Rahman.

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah.Itulah manusia dan liciknya syaitan
yang memperdaya.Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kepada Allah sedangkan jalannya tidak sebagaimana ajaran Rasulullah SAW?Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah!Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya.Padahal Dialah pengatur pertemuan melalui apa saja cara.

Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa dia,kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita.Cinta kita perlu dikawal oleh syariaat.Ini tidak,nak bergurau senda,dan berdua-duaan,nak dengar suara selalu,nak menghantar mesej selalu,nak tengok kelibatnya selalu,hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja,itu pun dah mengubat rindu.Semua ini khayalan.Selagi tiada ikatan yang sah,tiada jaminan bahawa si dia yang terlalu digilakan itu akan menjadi teman hidup.Kalau realiti ini berlaku,bukankah sia-sianya masa yang diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami.Sepatutnya agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan pada-Nya.Gunakan cara-cara yang selari dengan lunas-lunas syariaat untuk memenangi hatinya.

di petik dr iluvislam.com
ape pown SPM da nk dekat lorh....
38 hari je lg nie...

suke?

No comments: